Selalu ada cara untuk menamatkan kehidupan di dunia, dengan bunuh diri. Biasanya, si pelaku tidak terus terjun begitu saja, tetapi melakukan pertimbangan. Bahkan ada banyak usaha bunuh diri yang boleh digagalkan, baik oleh bantuan orang lain, keluarga, bahkan kekasihnya.
Kali ini usaha bunuh diri seorang anak sempat digagalkan oleh ibunya sendiri. Lelaki yang kelihatan di dalam gambar cuba melompat ke sungai, namun tangannya dipegang erat oleh ibunya sendiri dalam masa yang cukup lama. Bahkan ibunya sempat putus asa,kerana lama menunggu bantuan datang.
Dalam gambar menunjukkan seorang ibu yang ketakutan, dan hampir putus asa setelah mencengkam lengan anaknya, setelah ia cuba melompat dari jambatan.
Wanita tersebut memegang tangan pemuda itu selama 20 minit, sehingga anggota bomba tiba di tempat kejadian, untuk menariknya ke tempat yang selamat.
Lelaki itu dipercayai hendak bunuh diri, dan cuba untuk menamatkan hidupnya sendiri dengan melompat dari jambatan, di Huizhou, China selatan Provinsi Guangdong.
Sebelum melompat dari jambatan, lelaki itu kelihatan bertengkar dengan ibunya dan keluarga. Dia kemudian memanjat pagar dan cuba untuk melompat. Namun, ibunya sedar lalu menggenggam tangannya dan cuba menarik ke atas.
Dia kemudian berjaya memegang tangannya, sementara lengan lain berpegangan ke sebuah bar logam, sehingga anggota bomba tiba. Belum ada keterangan pasti, apa yang menyebabkan pertengkaran tersebut.
Namun apapun permasalahannya, dan jika terjadi pada anda, maka bunuh diri bukanlah penyelesaiannya.
Saturday, 24 January 2015
Filled Under:
Dunia Ngeri
5 Foto Seorang Ibu Cuba Mengagalkan Usaha Anaknya Membunuh Diri.
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment