Sunday 25 January 2015
Filled Under:
Dunia Pelik
Batu Bercorak Abad Ke-9 Bernilai Tinggi Tidak Sengaja Dijumpai Oleh Tukang Kebun.
Posted By:
zamri spoon
on 08:00
Bagi masyarakat awam pada umumnya, barang purba kelihatan seperti sampah, tidak diperhatikan dan dibuang begitu saja. Atau diperjualbelikan dengan harga yang murah, padahal mempunyai nilai yang sangat tinggi.
Seperti sebuah batu bercorak yang dibeli oleh seorang tukang kebun, yang berharga £ 50 dari penjual barang lama. Namun siapa sangka, jika yang ia beli merupakan peninggalan yang berasal dari abad ke-9 dan mempunyai harga yang sangat mahal.
John Wyatt tidak pernah menyangka, jika ia mencari batu bercorak yang disebut sebagai Anglo Saxon. Batu ini dipercayai oleh pakar sebagai salib di awal era Kristian.
Dipercayai jika batu bercorak ini dihancurkan oleh bangsa Viking, saat melakukan invasi melawan penduduk Kristian saat itu di tanah besar Eropah pada abad ke sembilan.
Batu tersebut akan dijualnya bersama sarkopagus dari Romania pada hari Jumaat ini. Dan ia berharap batu relief itu boleh dijual pada harga £ 10,000.
"Batu tersebut penuh dengan lumpur, awalnya saya kira itu adalah ekor dari naga. Namun saya beruntung dengan apa yang saya cari," kata John.
Ia juga berharap, jika ada muzium yang tertarik dengan peninggalan purbakala itu dan boleh membayarnya dengan harga yang pantas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment