Friday, 16 January 2015

Filled Under:

Kerana Sering Dilanda Banjir Lelaki Ini ANGKAT Rumahnya.


Pada Januari tahun 2014, sungai Thames di England melimpah dan menenggelamkan sebahagian besar rumah yang berada tidak jauh dari tepian sungai. Sebahagian orang menyediakan  pam, untuk mengalirkan air yang masuk agar rumahnya kering kembali.

Tetapi yang dilakukan Yaron Ivry ini dikatakan ekstrem dan bercita-cita tinggi. Tidak ingin rumahnya kembali tenggelam dan menghancurkan semua harta di dalamnya, ia meninggikan rumahnya kira-kira satu meter. Bukan hanya satu bilik saja, melainkan semua bahagian rumahnya "diangkat."

Rumah itu sendiri sudah 58 tahun menemaninya dan keluarganya tinggal, di pinggir sungai Thames, sehingga ia tidak mahu kenangan di rumah tersebut kembali hanyut bersama limpahan air sungai Thames jika hujan kembali .

Selain itu, ia juga tidak ingin semua barang-barang yang mudah rosak akan hancur oleh banjir. Sehingga ia menyewa sebuah syarikat kontruksi untuk meninggikan rumahnya, tanpa merubah setiap bahagian rumah tersebut.

Dengan bantuan alat hidrolik, akhirnya rumah yang beratnya kira-kira 80 tan berjaya diangkat tanpa merosakkan kontruksi dari rumah tersebut, hanya dalam masa sepuluh hari dengan bantuan software, rumah tersebut juga boleh ditinggikan tanpa mengalami kerosakan .

Setelah diangkat dan disokong beberapa alat hidrolik, rumah tersebut kemudian diberi tambahan asas membuatnya seperti utuh kembali. Dianggarkan mutu peninggian rumah ini berlangsung kira-kira dua bulan lebih.

Rumah yang tadinya ditaksir berharga sekitar
£ 500,000. Kerana boleh dipastikan, nantinya rumah tersebut akan terhindar dari banjir, jika air  sungai Thames kembali melimpah.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers