Loren Stump boleh dikatakan sebagai ahli murrine, seni lukisan kaca Itali kuno. Murrine merupakan istilah untuk lukisan dalam batang kaca panjang. Lukisan tersebut baru boleh dilihat jika batang kaca tersebut dipotong-potong. Sekilas, karya Loren itu mirip seperti gula-gula roll yang biasa hari ini.
Langkah pertama yang diperlukan untuk karya ini adalah membuat gambar 2 dimensi. Lalu dihiasi dengan lapisan kaca pelbagai warna, kemudian dipanaskan dan ditarik hingga menjadi sebuah tongkat.
Saat sejuk, batang kaca ini boleh dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki. Ketika dipotong itulah, kita boleh melihat hasil karya Loren yang mempunyai detail sangat cantik.
Tidak hairanlah jika Loren dipanggil sebagai seorang pakar. Rupa-rupanya, dia telah mula bereksperimen dengan murrine sejak berusia 14 tahun. Bermula dari hobi, kini Loren telah membangunkan murrine dengan pelbagai jenis, seperti patung kaca, aksesoris, loket dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment