Saturday, 17 January 2015

Filled Under:

Mengerikan,Jutaan Belalang Serbu Bandar Madagascar.


Bagi petani, belalang merupakan mahluk perosak yang ditakuti. Jika musim tanam tiba, tanaman boleh gagal untuk tumbuh dan berkembang, kerana daun-daunnya boleh dimakan habis oleh belalang. Oleh sebab itu, belalang selalu dibasmi jika mula membiak.

Tetapi di sisi lain, belalang juga boleh dijadikan MAKAN. Seperti di bandar-bandar besar seperti Hong Kong, belalang mudah sekali ditemui di penjaja makanan tepi jalan. Tetapi pemandangan di salah satu bandar di Madagascar, mungkin boleh jadi pemandangan yang mengerikan.

Sebabnya, ibu kota Madagascar, Antananarivo, diserbu oleh jutaan belalang besar yang sedang berhijrah  Masa kejadian berlangsung, setiap sudut kota dipenuhi oleh belalang besar, dan tentu saja pemandangan ini cukup mengerikan.

Tidak ada yang boleh dilakukan kerajann setempat, kerana belalang tersebut datang dalam jumlah yang sangat besar. Selain itu, untuk dilakukan semburan juga lokasinya berada di bandar, sehingga tidak membolehkan untuk dilakukan pembasmian dengan racun serangga.

Selain itu, penghijrahan berjuta-juta belalang ini juga disebabkan oleh sumber makanan yang hilang, suhu dan angin yang bertiup dengan kencang. Di mana belalang akan mencari daun muda, dan itu boleh memusnahkan tanah pertanian tempatan. Kerana mereka sangat rakus dalam mengambil dedaunan.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers