Wednesday, 7 January 2015
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri Mumia Tersenyum Berusia 2,800 tahun di Kepulauan Sardinia.
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Selama ribuan tahun para saintis masih diselubungi misteri soal bagaimana mayat-mayat kuno di Kepulauan Sardinia rata-rata dalam keadaan wajah tersenyum.
Sebagaimana diberitakan National Geographic, selepas 2,800 tahun berlalu, mereka berjaya membongkar bahawa ada tanaman yang mampu membuat orang boleh tersenyum menjelang ajalnya.
Tanaman ini diduga dapat membuat gambaran wajah si mayat seperti tersenyum. Sebelumnya, penulis abad ke-8 SM, Homer pernah menyebutkan istilah kata "Senyuman Sardonik" yang diambil dari akar kata "Sardinia" dalam pelbagai tulisannya merujuk pembunuhan ritual di pulau itu yang berakhir dengan wajah tersenyum.
Menurut kajian terkini, orang-orang tua di masa lalu yang didakwa sudah tidak bertahan hidup lagi dan mereka yang terlibat dalam kes jenayah "disuap dengan herba sardonik dan lantas dibunuh dengan cara dijatuhkan dari bukit tinggi atau dipukul hingga mati".
Selama berabad-abad identiti herba tersebut masih misteri. Namun, sebuah kajian yang diketuai Giovanni Appendino bersama rakan-rakannya berjaya membongkar kandungan herba yang boleh membuat orang-orang yang akan mati itu tersenyum dan tanaman yang disebut ialah Hemlock Water-Dropwort.
Tanaman berbunga putih seperti batang-batang ini tumbuh di sepanjang kolam dan sungai di beberapa bahagian negara Itali. Sekitar satu dekad lalu, seorang penggembala lembu Sardinia melakukan aksi bunuh diri dengan mengambil tanaman hemlock water-dropwort sehingga mayatnya ditemui dalam keadaan tersenyum.
Kematian ini membuat Mauro Ballero, pakar botani di University of Cagliari di Sardinia untuk meneliti lebih lanjut setiap tanaman dropwort di pulau itu. Kajian dilanjutkan oleh Ballero bersama rakan-rakannya yang meneliti struktur melekul toxin tanaman hemlock water-dropwort dan menentukan kesannya terhadap tubuh manusia.
Appendino, pakar organik kimia di Universita degli Studi del Piemonte Orientale di Itali menjelaskan, "Kandungan toxin yang sangat tinggi dan punca gejala-gejala persis sama dengan yang diterangkan dalam catatan kuno dan peninggalan mayat-mayat tersenyum sardonik." Dikatakanya, tanaman hemlock water-dropwort diketahui mengandungi neurotoxin dan menurut kami tanaman itulah yang dipakai orang-orang dulu. "
Selain tanaman hemlock water-dropwort, ada juga tanaman lain yaitu hairy buttercup (aka the Sardinian buttercup). Tapi, tanaman ini tidak tumbuh di tempat-tempat lembab sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa teks kuno dan juga tidak mengandungi toxin yang kuat, jelas Appendino. Dia menambah Sardinia adalah satu-satunya tempat di seluruh Mediterranean yang ditumbuhi tanaman jenis hemlock water-dropwort.
Menurut seorang saudara mangsa yang mati itu, tanaman hemlock water-dropwort sangat berbahaya disebabkan aroma dan rasanya yang sangat manis. "Pada umumnya tanaman beracun itu pahit tapi hemlock water-dropwort mempunyai rasa yang manis. Dan ini merupakan kes kedua tanaman beracun yang dapat merangsang deria kita. Menurut Appendino, tanaman ini sangat berguna untuk kosmetik sebab ia boleh merelaksasi otot dan menghilangkan kedut-kedut di wajah. Penemuan mereka ini dipaparkan di Journal of Natural Products.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi teknologi purba yang membingungkan saintis moden..
ReplyDelete