Tuesday 13 January 2015

Filled Under:

Pelik! Pelanggan di Kafe Ini Boleh Menikmati Makanan Sambil Merendam Kaki.


Jika anda berkesempatan berjalan-jalan atau melawat Kyoto, jangan terlepas kunjungan ke kafe unik ini. Sebuah kafe bernama Kyoto Shabonya yang terletak di pusat bandar Kyoto menawarkan perkhidmatan yang lain dari biasanya. Kafe ini boleh menjadi tempat berehat menikmati makanan lazat sambil merendam kaki juga .



Seperti yang dilaporkan oleh dramafever.com, di dalam kafe ini ada juga "foot bath" tempat di mana kita boleh menenggelamkan kaki kita sambil menikmati sajian makanan. Air yang dipakai untuk menenggelamkan kaki adalah air dari sumber mata air panas. Jadi kita boleh benar-benar merasa rileks saat berada di dalam kafe tersebut.



Dan untuk kebersihan, dijamin 100 peratus bersih. Air yang digunakan untuk merendam kaki ini dibersihkan secara berkala.

Apakah anda berminat untuk mengunjunginya suatu masa nanti? Mungkin sambil membawa kekasih tercinta? Atau ramai-ramai bersama keluarga?







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers