Friday, 20 February 2015

Filled Under:

Pulau Pelik di Jepun Majoriti Penduduknya Ialah Serigala.

 Mungkin sudah banyak yang tahu bila di Jepun ada sebuah pulau yang dihuni oleh ribuan kucing dimana populasi kucing meningkat pesat. Bahkan di pulau itu jumlah kucing lebih banyak berbanding jumlah manusia. Tak lain adalah Pulau Tashirojima. Tapi ternyata tidak hanya syurga kucing, syurga bagi serigala rupanya juga ada di Negeri Jepun.

Di Jepun terdapat suatu daerah yang dihuni oleh banyak serigala yang disebut dengan "Zao Fox Village". Hampir sama dengan syurga kucing Pulau Tashirojima, daerah Zao Fox Village juga berada di Wilayah Miyagi, Jepun.

Namun yang dimaksudkan serigala di daerah ini bukan serigala seperti yang kita kenali sangat buas dan menakutkan. Melainkan 'Fox' yang bermaksud 'musang', berbeza dengan 'Wolf' (serigala). Dari segi fizikal keduanya memang cukup mirip dimana berasal dari keluarga yang sama, Canidae.

Pengunjung yang datang ke Zao Fox Village boleh memberi makan dan melihat musang yang jumlahnya tidak terhingga itu ramai bermain saling kejar. Selain itu, beberapa orang di Jepun percaya bahawa musang mempunyai kekuatan mistik.gabancomel.blogspot.com.















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers