Thursday, 12 March 2015

Filled Under:

Kafe Kambing Jadi Tempat Popular Pelancong Asing di Korea Selatan.


Korea Selatan kerap kali disamakan dengan kafe-kafe yang cukup unik. Tidak terkecuali dengan kafe milik Lee Kwang Ho tersebut. Siapa yang menyangka jika keputusannya untuk meletakkan beberapa kambing biri-biri di kafenya justru membuat nama kafenya diburu oleh pelancong asing yang berkunjung ke Korea Selatan.

Kwang Ho berjaya membuat kafe yang diberi nama Nature Cafe itu dikerumuni oleh banyak pencinta haiwan. Kafe yang dibuka sejak 2011 ini menghidangkan pelbagai minuman seperti kopi, teh dan juga kuih-kuih. Populariti kafenya pun semakin meningkat kerana tahun 2015 yang menurut kalendar Lunar merupakan Tahun Kambing.



Tentunya banyak orang yang ingin melihat kambing dan kafe Kwang Ho pun menjadi tempat paling strategik untuk dikunjungi. Ia mengaku tidak tahu bagaimana kafenya boleh menjadi begitu terkenal. Bahkan para pengunjung yang datang ke Nature Cafe berasal dari seluruh dunia.

"Kami merancang untuk pergi ke sebuah ladang kambing biri-biri, tetapi itu terlalu jauh dan kita tidak punya cukup masa untuk pergi ke sana," kata pengunjung bernama Lee Hyeon Ji. "Kemudian kami memutuskan untuk melihat kambing di Seoul."

Berikut adalah video kafe kambing biri-biri  di Seoul:

 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers