Saturday, 14 March 2015

Filled Under:

Misteri 200 Mayat Ditemui Bawah Pasaraya.


Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih 200 mayat manusia yang sudah tinggal rangka dalam keadaan tersusun rapi di bawah sebuah pasar raya baru-baru ini.

Kumpulan arkeologi itu dipanggil pihak pengurusan Pasar Raya Monoprix untuk menjalankan pemeriksaan sebelum proses pembinaan dilakukan di kawasan tersebut.

Pengarah pasar raya tersebut, Pascal Roy berkata, pihaknya terkejut apabila menemui sebuah perkuburan komunal yang mayatnya ditanam secara tersusun.

“Kami menyangka kawasan ini hanya terdapat beberapa rangka tulang kerana ia merupakan bekas tapak perkuburan. Tetapi, apa yang berlaku agak memeranjatkan,” katanya.
 

 
Dahulu, kawasan itu merupakan tanah perkuburan sebuah hospital yang beroperasi pada kurun ke-12 hingga 17. Bagaimanapun, mayat-mayat yang ditanam di lokasi terbabit dipercayai sudah dipindahkan ke kawasan di bawah pasar raya berkenaan.

“Apa yang menarik adalah mayat-mayat ini bukannya dicampak ke dalam kubur tersebut tetapi ia disusun rapi. Mayat-mayat individu disusun secara selang seli kerana dipercayai untuk menjimatkan ruang kubur itu,” kata ahli arkeologi, Isabelle Abadie. –




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers