Saturday, 14 March 2015
Filled Under:
Dunia Unik
Unik, Sekolah Ini Mengajar Pelajarnya Menjadi Gamer Terhandal.
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Mempunyai hobi game ternyata juga boleh mendatangkan banyak keuntungan. Pemain game handal seperti Jonathan Wendel, Lee Young Ho dan banyak lagi menjadi kaya berkat bakatnya.
Kini di Jepun para pemain game mendapat sebuah kemudahan untuk mengembangkan bakatnya pada sebuah sekolah bernama Tokyo School of Music. Sekolah tersebut membuka jurusan baru untuk game, di mana pelajarnya dididik untuk menjadi pemain profesional.
Jepun seolah-olah tIDak maHu kalah dengan Korea Selatan yang mana telah membangunkan profesional gaming terlebih dahulu. Sama halnya di Korea Selatan, di Jepun game sangat diminati, terlebih Jepun merupakan salah satu pengeluar game terbesar di dunia.
Selain diajarkan menjadi pemain game profesional, sekolah yang berada di Edogawa ini juga mengajar program lain. Ada program perniagaan dan marketing dengan tujuan pelajar boleh bekerja di syarikat game ataupun membuka usaha sendiri di bidang game.
Selain itu, ada jurusan Staff Event yang mengajar bagaimana membuat sebuah event game serta hal teknikal di balik perlawanan. Yang terakhir dan paling unik adalah MC sebuah game, di mana akan diajar untuk menaikan intensitas penonton agar terus ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment