Monday, 20 April 2015
Filled Under:
Dunia Pelik
Aneh! Kerana Penyakit Pelik, Susu Yang Diminum Bayi Ini Selalu Keluar Dari Hidung.
Posted By:
zamri spoon
on 08:00
Seorang bayi, dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku yang disebut atresia esofagus, yang menyebabkan, susu yang diminumnya pasti akan keluar melalui hidung.
Seorang bayi lapan bulan bernama Georgie Yorke, lahir dengan cacat bawaan, dimana kerongkongannya tidak bersambung ke perutnya.
Setiap kali ibunya cuba untuk memberinya susu melalui botol, susu akan kembali keluar dari hidungnya.
Ibubapanya Stacey Ross, (25), dan Vic Yorke, (19), dari Consett, County Durham, United Kingdom sangat kebingungan dengan penyakit yang dideritai Georgie.
22 jam selepas ia lahir, pada 10 Julai 2014, Georgie terus dikejarkan ke hospital, untuk menyambung trakea dengan kerongkongannya.
Atresia esofagus adalah suatu keadaan tidak adanya kawasan atau ruang pada esofagus atau kerongkong. Atresia esofagus biasanya sering disertai dengan kelainan bawaan lain seperti kelainan jantung, dan kelainan tulang.
Keadaan ini lebih mungkin terjadi pada bayi dari ibu yang mempunyai lebih banyak cecair ketuban. Kelainan bawaan ini terjadi pada satu dari 2500 hingga 3500 kelahiran.
Jika tidak dibedah, maka makanan dan minuman yang dimakan akan meluap ke tekak bayi.
Doktor mendiagnosis Georgie dengan atresia esofagus dan fistula trakeo, dua keadaan yang sering berlaku bersama-sama.
Hingga saat ini Georgie telah menjalani lima kali pembedahan, dan dijadualkan untuk pembedahan selanjutnya.
Bruce Jaffray, perunding pakar bedah pediatrik di Great North Childrens 'Hospital, berkata, "Fistula trakeo adalah kelainan pada perkembangan kerongkong, sehingga hujungnya menjadi buntu. Pesakit biasanya menjalani pembedahan untuk menyatukan kedua hujung kerongkongannya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment