Monday 25 May 2015

Filled Under:

Aneh,Penemuan Fosil Dinosaur Terbesar Dianggarkan Seberat 77 Tan .

Penemuan fosil haiwan purba memang selalu menjadi perkara menarik untuk diperiksa . Apalagi jika fosil tersebut dari dinosaur yang bersaiz  besar . Perkara inilah yang ditemui di Argentina baru - baru ini . Penemuan fosil dinosaur tersebut dianggarkan adalah spesies baru Titanosaurus .

 Tidak hairan jika fosil tersebut dianggap terbesar kerana dari saiz tulang paha saja dianggarkan setinggi 20 meter dan panjangnya 40 meter . Beratnya pun hebat kira - kira 77 tan atau setara dengan berat 14 gajah Afrika .

 Meskipun ukurannya bersaiz raksasa , namun para ahli sainstis menyatakan Dinosaur ini kemungkinan bukan pemangsa  hanya memakan tumbuhan . Setakat ini terdapat kira - kira 150 tulang yang berjaya ditemui oleh penyelidik . Meskipun telah berusia puluhan juta tahun lalu , keadaan tulangnya masih sangat bagus . Lebih lanjut penyelidik menjelaskan fosil Titanosaurus ini adalah jenis dinosaur Sauropoda . 

Salah satu ciri khas jenis ini adalah leher dan ekor panjang lalu kepala yang kecil dan berasal dari tempoh Cretaceous . Fosil Titanosaurus yang ditemui kali ini lebih berat sekitar 7 tan , jika dibandingkan penemuan sebelumnya , Argentinosaurus . Dengan saiz itu , penemuan fosil ini langsung mengalahkan rekod Argentinosaurus yang sebelumnya dianggap terbesar . 

Argentinosaurus merupakan Dinosaurus dengan berat sekitar 70 tan dan dijangka hidup sekitar 90 juta tahun lalu . Seperti Titanosaurus , Argentinosaurus juga ditemui di Argentina .




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers