Wednesday 27 May 2015

Filled Under:

Aneh,Penyelidik Temui Kulit Manusia Yang Dikatakan Tertua dan Berusia 2 Juta Tahun.


Para penyelidik telah menjumpai kulit manusia yang dikatakan tertua dan berusia 2 juta tahun di antara enam kerangka kuno di wilayah Johanessbug, Afrika Selatan. Mereka meramalkan kulit manusia tertua tersebut merupakan milik spesies Australopithecus Sediba.

Kulit manusia tertua ini disebut-sebut akan mendedahkan butiran penting mengenai kehidupan manusia purba. Rupanya, selain kulit, mereka juga mendapati sisa makanan terakhir yang terselit di kerangka gigi manusia purba.





"Sejenis tumbuhan atau biji kami temukan di celah-celah bahagian gigi kerangka tersebut bahkan partikulat makanan juga kami dapati," kata Professor Lee Berger, antropologi dari Universiti Wtiwatersrand. "Hal itu membuat kami dapat melihat apa yang mereka makan."

"Lebih luar biasa, kami fikir kami telah mendapati kulit fosil juga," tambahnya. Penggalian tersebut juga mendapati kerangka tengkorak bersama dengan tulang bahu, tangan, tulang pergelangan tangan dan tulang pergelangan kaki.

Penelitian menyebutkan bahawa spesies tersebut mempunyai pinggang ramping yang mirip dengan manusia moden. Kini, Profesor Lee dan pasukannya tengah berusaha untuk membuat sebuah makmal hidup di atas kerangka tersebut sehingga mereka dapat terus menelitinya di tanah tanpa perlu merosakkannya
.





2 comments:

Nuffnang Ads

Followers