Tuesday, 5 May 2015

Filled Under:

Menarik Hiasan Kuku 3D Menjadi Kegilaan Gadis Jepun.



Jepun merupakan negara peminat seni melukis kuku. Para seniman lukis kuku yang sudah biasa menggambar dengan warna-warni kini memberikan inovasi terbaru dengan bentuk 3D.

Untuk beberapa wanita di Jepun, melukis kuku merupakan kegiatan yang dilakukan secara rutin. Namun tidak hanya dengan warna-warni saja, kini gadis di Shibuya mula menggunakan kuku panjang dengan deretan manik, bunga atau watak kartun. Bahkan, anda akan menemui seni melukis kuku yang sangat mengejutkan dengan bentuk menyerupai batu karang di laut.




Tidak hanya itu, seniman lukis kuku di Jepun juga mencipta kuku-kuku yang berhiaskan perahu dan alat-alat lanun. Mereka juga melukis kuku-kuku dengan bentuk seperti sushi. Dan tidak akan mengejutkan jika menemui kuku para gadis Jepun bergambar wanita dari negeri dongeng.

Seni melukis kuku ini dianggap lebih dari sekadar fesyen dan merupakan sebuah performance art. Dengan hasil yang diperolehi dan ketelitian saat melukisnya, seni melukis kuku ini patut mendapat lebih banyak perhatian.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs