Sunday, 31 May 2015

Filled Under:

Pelik, Lelaki Tua Ini 2 Bulan Mengembara Mencari Isteri.


Seorang lelaki tua menjadi rakyat China terbaru yang mengembara atas nama cinta.

Menurut laporan NetEase News, lelaki tua itu mula melancarkan gerakan mencari isterinya yang dikatakan berdepan dengan masalah mental selepas dia dirompak dan hilang pada awal April lalu.

Lelaki itu serta-merta mengumpul barangan miliknya ke dalam beca dan menariknya sepanjang dua bulan lalu, bergelandangan di beberapa bandar China dengan harapan untuk menemui semula isterinya.




Selain mengumpul dan menjual barangan yang boleh dikitar semula, lelaki itu juga bergantung kepada derma, khususnya makanan dan air daripada penduduk tempatan di bandar yang dilaluinya.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan, turut membawa bersama-sama dua anjing sebagai teman mengembara.Bagaimanapun, setakat ini, usahanya belum berjaya. -hmetro.com.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers