Monday, 1 June 2015

Filled Under:

Menyeramkan,5 Hotel Paling Berhantu di Amerika Syarikat





Hotel adalah salah satu pilihan tempat tinggal yang selesa bagi para pelancong . Namun bagaimana jika hotel tersebut terkenal  dengan seramnya dan berhantu? Adakah anda tetap menginap di hotel tersebut?

Berikut ini adalah lima hotel yang terkenal paling seram yang ada di Amerika Syarikat seperti disiarkan dari Travel Yahoo.


 1. Crescent Hotel and Spa



 
Bangunan hotel yang terletak di Eureka Springs ini dulunya pernah difungsikan sebagai sekolah dan rumah sakit kanser. Di hotel ini sering terlihat penampakan pelbagai hantu di banyak sudut bilik.

Salah satunya yakni Irene Castle, seorang penari ballroom. Ketika sebuah keluarga menginap di sana, seorang gadis kecil melihat susok tubuh perempuan duduk di dalam bilik tempat keluarga tersebut penginapan.

Namun si ibu tidak dapat melihat perempuan yang dikatakan oleh anaknya tersebut. Kemudian diketahui bahawa gadis kecil tersebut melihat hantu dari Irene Castle.


 2. buxton Inn




Sebuah penginapan di daerah Grandville, Ohio ini ternyata membawa cerita yang cukup menyeramkan. Audrey dan Orville Orr, pemilik dari penginapan tersebut merasa ada yang tidak kena ketika mereka pertama kali membeli bangunan tersebut.

Di bangunan berusia 199 tahun tersebut, keluarga Orr sering mengalami hal-hal aneh, seperti melihat susok bayangan berjalan di dalam lorong serta bau-bau aneh yang sering tercium tajam dari beberapa bilik.

Namun demi menghormati para hantu yang juga menghuni hotel tersebut, keluarga Orr tidak melakukan usaha apapun untuk mengusir mereka. Pengunjung hotel juga tetap dialu-alukan jika ingin menginap dan merasakan sendiri sensasi bertemu hantu.



 3. Brown Palace Hotel and Spa




Dibina pada tahun 1892 oleh arkitek ternama, Henry C. Brown, Brown Palace Hotel dan Spa ini telah disinggahi oleh banyak pengunjung, salah satunya kumpulan muzik legenda berasal dari EROPAH The Beatles yang menginap di hotel tersebut pada tahun 1960an .

Ramai yang percaya bahawa hotel tersebut ada kaitannya dengan Molly Brown, salah satu mangsa terselamat dari tenggelamnya kapal Titanic. Namun kakitangan hotel menepis anggapan tersebut.

Meski demikian, tidak sedikit pengunjung hotel yang mengalami kejadian aneh semasa menginap di hotel tersebut. Salah satunya pernah melihat susok bayangan lelaki yang memakai seragam masinis di abad ke 18 berjalan di lobi hotel. Tidak hanya itu, pengunjung juga sering mencari perapian yang tiba-tiba menyala dengan sendirinya.



 4. Myrtles Plantation



 
Sebuah bangunan penginapan di wilayah ladang Myrtles, St. Francisville, Los Angeles mempunyai kisah yang cukup menyeramkan. Ladang tersebut dibina pada tahun 1796 oleh Jeneral David Bradford.

Susok hantu yang menghuni ladang tersebut adalah Chloe. Semasa hidupnya Chloe bekerja sebagai budak keluarga Bradford. Dia dan menantu Bradford diam-diam menjalin kisah cinta terlarang.

Malangnya, tidak lama kisah asmara tersebut tersebar dan Chloe harus menerima hukuman dari majikannya tersebut. Chloe harus merelakan telinganya terpotong sebagai ganjaran dari perilaku buruk yang dia lakukan.

Kerana dendam, Chloe memasak kek ulang tahun beracun dan berharap dapat menjadi pahlawan di keluarga tersebut dengan merawat anak yang sakit. Sayangnya tiga ahli keluarga tersebut mati keracunan.

Karena perbuatannya tersebut akhirnya Chloe digantung di salah satu bilik rumah tersebut. Sejak saat itu arwah Chloe sering mendatangi orang-orang yang tinggal di sana. Selain hantu Chloe, dua arwah anak kecil yang menjadi mangsa keracunan juga sering menonjolkan diri.



 5. Hotel del Coronado




Hotel yang dibina pada tahun 1888 ini dikenali sebagai salah satu tempat menghabiskan cuti panjang dengan menikmati pantai yang indah. Namun malangnya, hotel ini juga menjadi tempat singgah dari arwah Kate.

Kate Morgan merupakan salah satu tetamu hotel tersebut pada tahun 1982. Di hotel tersebut Kate menunggu si kekasih yang berjanji untuk menjemputnya. Namun setelah lama menanti, kekasih yang ditunggu tak kunjung datang. Kemudian Kate ditemukan meninggal di bawah tangga hotel tersebut.

Sejak saat itu, banyak orang mengaku melihat hantu Kate, baik di pantai mahupun di hotel. Tidak jarang arwah Kate juga mengganggu pengunjung mahupun kakitangan hotel del Coronado.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers