Friday 5 June 2015

Filled Under:

Pelik,Belut Bersaiz Raksasa Seberat 73 Kg Ditangkap Nelayan England.


Para nelayan di perairan England digemparkan dengan hasil tangkapan seekor belut raksasa bermata biru besar. Panjang tubuh haiwan licin itu mencapai 2.1 meter. Belut itu tidak sengaja ditangkap pada 14 Mei lalu di perairan barat daya England.


 Saat itu mereka belayar menggunakan kapal bernama Hope dan menangkap ikan seperti biasanya. Saat diangkat ke atas kapal, belut itu tidak tersangkut di jaring, melainkan sudah mati. Belut sudah tidak bergerak, seisi kapal tetap tidak boleh menyembunyikan kejutan tersebut.

 "Saya terkejut kerana saiznya begitu besar," ucap Scott Govier, seorang nelayan yang bekerja untuk Plymouth Fisheries kepada tabloid Daily Express.

 "Apabila ditarik belut itu sudah mati, jika tidak, kami akan kembali lagi ke lautan," sambung beliau. Sewaktu ditimbang, berat belut itu mencapai 73 kilogram. Dipercayai, belut itu akan memecahkan rekod mengalahkan belut terbesar di England seberat 60.44 kilogram.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers