Sunday 19 July 2015

Filled Under:

Pelik,Lelaki Ini Suap Isteri Guna Mulut Selama 12 Tahun



Foto-foto yang memperlihatkan seorang lelaki tua sedang menyuap isterinya yang menderita stroke menggunakan mulutnya menggemparkan  China.

Layaknya seperti seekor burung pada anaknya, Zhang Changshan, 79 tahun, dari Zhuozhou, Hebei, mengunyah makanan dan menyuapkannya kepada isterinya dari mulut ke mulut. Kebiasaan itu telah dilakukannya selama 12 tahun semenjak isterinya menderita stroke dan mengalami lumpuh pada tahun 2003 lalau.

Sebelum ini, doktor mengatakan pada Zhang bahawa isterinya hanya boleh bertahan selama satu bulan setelah dinyatakan menderita stroke. Mendengar perkara itu, Zhang membawa isterinya pulang dan belajar teknik urutan kuno untuk mengurut isterinya setiap hari.

Ajaibnya, isteri Zhang boleh bertahan lebih lama dari yang dianggarkan doktor. Semua itu berkat cinta, kasih sayang dan kerja keras Zhang dalam merawat isterinya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers