Tuesday 22 September 2015

Filled Under:

(15 Foto)Panorama Cacing Bercahaya di Sebuah Gua Berusia 30 Juta Tahun.


Seorang jurugambar merakam gambar menakjubkan cacing bercahaya di dalam sebuah gua di Pulau Utara di sini.

Cacing bercahaya daripada spesies Arachnocampa luminosa itu dirakam di habitatnya di dalam sebuah gua batu kapur dipercayai berusia 30 juta tahun.

Gambar-gambar tersebut didedahkan oleh artis media baru, Joseph Michael yang beribu pejabat di Auckland.

Beberapa gambar berkenaan memerlukan kira-kira satu jam untuk dirakam supaya kelihatan menarik.

“Gambar adalah berbeza pada gua dan saya perlu berada sehampir yang mampu. Lima minit untuk fokus. Tiga puluh minit atau satu jam untuk sesetengah imej yang lebih luas,” ujar Michael di Facebooknya.

Cacing bercahaya adalah nama umum bagi pelbagai kumpulan serangga dan larva larviform betina dewasa yang bersinar melalui proses biopendarcahaya atau pengeluaran dan pelepasan cahaya oleh organisma hidup.– Agensi.



















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers