Thursday 17 September 2015

Filled Under:

Misteri Bola Api Raksasa Melintasi di Ruang Udara Brazil.


Mungkinkah ada makhluk luar angkasa yang datang dan pernah melawat Bumi? Bagi sebahagian orang mungkin akan menggelengkan kepala, petanda tidak.Tetapi tidak dinafikan, banyak sekali pemerhatian yang dikatakan  aneh dan misteri.

Sebuah vidoe memperlihatkan, jika ada sebuah benda misteri telah tertangkap kamera jatuh ke bumi, bukan dalam bentuk komet atau asteroid yang jatuh dengan kelajuan tinggi, dan terbakar di udara, tetapi dalam bentuk bola api raksasa.

Video pendek yang ditangkap di atas langit Argentina ini, berlaku pada awal bulan dan baru sahaja dimuat naik ke YouTube. Perkara ini tentu banyak memberikan tanda tanya, terutama pemerhati benda asing dan UFO, 'apakah kita kedatangan tetamu?'

Menurut pemerhati UFO, penduduk tempatan di Frias terkejut melihat bola api, yang dan pada awalnya mengira itu hanya sebuah meteor.

Namun, para pakar mengatakan bahawa sebahagian besar batuan ruang angkasa terbakar dengan cepat, ketika mereka memasuki atmosfera bumi. Sementara rakaman ini menunjukkan UFO terbakar selama lebih dari tiga minit.

Objek yang muncul, juga kelihatan mengubah arah di tengah jalan yang terlihat dalam video, yang telah meninggalkan banyak kekeliruan di antara mereka yang melihatnya.

Benda yang diduga UFO tersebut, tidak hanya terlihat di Argentina hari itu, tetapi juga di Brazil.

"Apa yang kita lihat adalah seperti meteor. Di rumah saya, kami semua terkejut. Di langit itu kelihatan seperti titik cahaya memancar dan bergerak dari satu sisi ke sisi lain," kata salah satu penduduk tempatan.

"Ini bukan pertama kalinya berlaku tahun lalu ini kami melihat sesuatu yang sama ..," kata penduduk lain.

Penampakan UFO kali ini menimbulkan banyak sekali teori konspirasi, dan banyak yang menyimpulkan jika bumi sedang diceroboh alien.

 
 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers