Thursday, 17 September 2015

Filled Under:

Rumah Teko Bersaiz Raksasa, Tempat Sunyi yang Aneh di tengah Hutan.



Bising dan sibuknya bandar bukan tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa tua. Itulah keputusan yang diambil oleh Gu Yuezi (64), seniman berasal dari Chen Village, Guangdong, China.

Di masa tuanya ini, seniman ukir ternama di China itu memutuskan menjadi seorang pertapa. Sejak 2006, ia keluar dari Guangdong dan memilih tinggal di hutan dekat Bandar Foshan, di selatan negara itu. Dia mengaku telah letih dengan kesibukkan dan hiruk pikuk kehidupan bandar. Ia ingin meninggalkan semua kegiatan komersial.

Usaha Yuezi menjauhi kehidupan bandar memang menakjubkan. Ia membina dan merancang sendiri rumah unik dari rumah pokok hidup di hutan itu.

Bentuknya aneh. Yuezi membentuk rumah itu berupa teko teh raksasa, sarang burung, serta patung akar. Semua diusahakan dengan tangannya sendiri.

Rumah pokok itu diukirnya dengan indah. Di dalamnya Yuezi melengkapi dengan ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi. Rumah ini cukup untuk menahan beban hingga 20 orang.













3 comments:

Followers

networkblogs