Wednesday 21 October 2015

Filled Under:

Video:Budak 2 Tahun Menangis Selepas Dilarang Bapanya Berpacaran.



Seorang ayah pasti akan merasa cemas apabila anak perempuannya memberitahu bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki. Apalagi jika yang mengatakan itu adalah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun.

Budak 2 tahun itu pulang ke rumah dan memberitahu ayahnya bahawa dia menemui cinta pertamanya. Dengan penuh pengertian, si ayah kemudian mengatakan dia tidak dibenarkan memiliki kekasih. Kata saja perkara itu membuat gadis cilik itu menangis.

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Chelsea Kirklan di Facebook beberapa hari lalu, kanak-kanak bernama Kennedy Kirklan ditanya oleh ibunya mengenai siapa Jared. Tapi ketika Kennedy menjawab itu adalah teman lelakinya, si ayah tergesa-gesa keluar dan menyampuk.

"Ayah mengatakan aku tidak punya teman wanita," ucap Kennedy dalam isakannya. Dan ketika si ayah memberitahunya jika dia tidak boleh mempunyai teman lelaki sehingga usia 50 tahun, kanak-kanak itu memukul lengan ayahnya.

Jom lihat aksi lucunya dalam video berikut ini:






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers