Monday 2 November 2015

Filled Under:

Barang Unik dan Pelik Yang Pernah Tertinggal Dalam Kapal Terbang



Baik di hotel mahupun pesawat kapal terbang, selalunya ada barang milik tetamu atau penumpang yang tertinggal. Biasanya, barang yang tertinggal hanya berupa benda-benda remeh seperti majalah, kacamata, atau botol susu bayi. Namun, ada pula penumpang yang datang dengan membawa benda-benda yang unik seperti gigi palsu, rambut palsu, dan kaki palsu tetapi lupa membawanya pulang.

Skyscanner mengadakan survey terhadap kru kabin pesawat mengenai barang-barang yang pernah mereka temui atau tertinggal di dalam pesawat. Hasil survey dari Skyscanner cukup mengejutkan kerana banyaknya benda-benda yang unik yang masuk ke dalam senarai benda tertinggal di dalam pesawat.

Beberapa kru kabin mengaku pernah mencari haiwan kesayangan seperti katak, penyu, bahkan burung helang. Aneh memang jika haiwan-haiwan kesayangan tersebut boleh tertinggal mengingat para pemiliknya pasti sudah bersusah-payah membawa mereka masuk ke dalam pesawat.





Barang aneh lainnya termasuk  ikan kering, bawang,gigi palsu  atau rambut palsu, dan sebelah kasut. Pertanyaannya ialah apakah penumpang yang meninggalkan sebelah kasut tak sedar bahawa ia tak memakai kasut dengan lengkap.

Beberapa penumpang pesawat terbukti amat gelopoh. Mereka meninggalkan dokumen terpenting mereka untuk melancong seperti pasport dan telefon. Para pramugari mengaku sering mencari pasport, telefon, dan buku panduan pelancongan tertinggal di dalam pesawat.

Namun, tertinggalnya hal-hal tersebut masih boleh dibilang wajar mengingat penumpang sering memeriksa dan mengeluarkannya dari dalam beg, kemudian lupa memasukkannya kembali. Namun, kru kabin pesawat ternyata juga pernah mencari sebelah kaki prostetik di dalam pesawat. Entah bagaimana benda sebesar dan sepenting itu boleh tertinggal. Mungkin hanya Tuhan dan pemiliknyalah yang tahu.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers