Saturday 21 November 2015

Filled Under:

Lee Min Ho, Artis Lelaki Paling Tampan di Korea.


Lee Min Ho adalah pelakon berasal dari  Korea Selatan kelahiran Heukseok-dong, Dongjak-gu, Seoul, 22 Jun 1987. Ia lahir sebagai anak kedua dari dua bersaudara. Aktor kacak kelulusan dari Konkuk University ini mengaku bahawa semasa kecil ia bercita-cita sebagai pemain bola sepak.

 Namun apabila ia duduk di darjah lima sekolah rendah, ia mengalami sebuah insiden yang menjadikannya trauma terhadap sukan itu. Min Ho memutus impiannya menjadi pemain bola sepak meskipun tidak dinafikan ia masih menyukai sukan tersebut.sumber



Melalui seorang kenalan, Min Ho bergabung dengan Starhaus Entertainment. Di sana Min Ho menjalani uji bakat sebelum mula terjun ke dunia lakonan. Min Ho mula rajin mengikuti casting sejak tahun 2004. Mulai saat itu, ia pun aktif di dunia seni . Namun nama Min Ho baru melonjak ketika beliau melakonkan watak Goo Jun Pyo dalam siri "Boys Over Flowers" (2009).


 Siri drama yang merupakan adaptasi daripada komik Jepun "Hana Yori Dango" tersebut membawa Min Ho memenangi anugerah "Pelakon Pendatang Terbaik" versi "KBS Drama Awards 2009" dan "45th PeakSang Arts Awards".








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers