Tuesday 3 November 2015

Filled Under:

Penampakan Bentuk Awan Aneh Bikin Penduduk di Costa Rica Panik.


Penampakan awan dengan bentuk aneh tiba-tiba sahaja muncul dan menggegarkan penduduk Costa Rica. Beberapa orang bahkan menyebutkan bencana alam akan datang seiring dengan bentuk awan yang luar biasa tersebut.

Penampakan awan itu boleh disaksikan di beberapa bandar di Costa Rica seperti San Jose, Parrita, Pavas, Escazu dan Hatillo. Kejadian tersebut pun semakin membuat heboh kerana hari itu bertepatan dengan perayaan hari kemerdekaan Costa Rica.

Awan dengan gumpalan tebal tersebut nampak menyatu dengan cahaya seperti pelangi. Beberapa orang yang berjaya mengabadikan momen tersebut lantas memuat naiknya ke dunia maya dan berjaya menarik perhatian para netter.





Fenomena awan semacam itu biasanya disebut cloud iridescence dan terjadi kerana adanya perubahan atmosfera. Namun, tentu saja penduduk tidak percaya dengan begitu mudah tentang teori itu.

Sebahagian menganggap awan tersebut menjadi tanda akan kedatangan alien ke Bumi. Selain itu ada juga yang berfikir penampakan awan tersebut adalah isyarat dari akhir dari dunia.

Sementara itu, reaksi daripada para penduduk ini tidak jauh-jauh dari pemberitaan seputar kedatangan asteroid dan Bulan berdarah atau Blood Moon yang akan memusnahkan Bumi. Sebahagian masyarakat dunia sudah percaya dengan fenomena tersebut walaupun sudah dibantah oleh NASA.

Jom lihat video penampakan awan tersebut di sini:






1 comments:

Nuffnang Ads

Followers