Wednesday, 25 November 2015

Filled Under:

Video: Merokok, Lelaki Ini Dibacakan Surah Yasin Oleh Orang Ramai.



Seorang lelaki yang sedang berjalan di kerumuni orang ramai berhenti sejenak kemudian mengeluarkan sebatang rokok. Orang ramai yang berada di sekitarnya tiba-tiba terkejut dan tanpa berfikir panjang mereka menuju ke arah pemuda yang hendak merokok itu.


Kemudian seorang lelaki berbaju dan kopiah putih mulai memimpin doa di tengah kerumuman orang ramai tadi. "Yaa Siin wal Qur'anil hakiim. Innaka laminal mursaliin, "ucap sebahagian orang ramai.


Sementara beberapa orang lain kelihatan bersedih dan menangis.
Bingung, pemuda itu kemudian menangguhkan niatannya merokok. Tapi, keinginannya untuk merokok kembali muncul dan sekali lagi orang ramai kembali lagi mengerumuninya hingga keinginan untuk merokok pun musnah.


Peristiwa itu bukanlah kejadian sebenar, tetapi adegan yang muncul pada iklan layanan masyarakat Yayasan Jantung Indonesia. Iklan yang dimuat naik di Youtube dengan tajuk "Merokok Dekat Dengan kematian" itu cukup berjaya menarik perhatian.


Jom saksikan video berikut ini;






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs