Wednesday 2 December 2015

Filled Under:

Berbeza Dengan Kucing Yang Lain, Kucing Ini Tonjol Bakat Unik Dengan Kakinya

  
Apa yang muncul di benak hati anda jika bicara soal memelihara kucing? Kebanyakan orang mungkin memelihara kucing kerana haiwan ini comel, lucu dan berbulu sehingga senang untuk dibelai. Hampir tidak ada yang istimewa dengan kucing dan seringkali kucing suka bermalas-malasan di rumah dan tidur seharian.

Tapi mungkin anda tidak akan menilai sama semua kucing jika anda melihat kucing dari China di bawah ini. Seperti dikutip dari rocketnews24.com, seekor kucing putih menunjukkan bahawa ia berbeza dari kucing biasanya dengan menunjukkan kemahiran melalui kakinya. Kucing ini boleh menjaga keseimbangan barang yang diletak di atas kakinya dan menjaganya tetap seimbang tanpa jatuh.

Bakat istimewa si kucing ini pun sebenarnya tanpa sengaja diketahui oleh sang pemilik saat ia sengaja meletakkan barangan di jari kaki kucingnya. Kerana menyedari bakat menarik yang dimiliki kucingnya ini, ia pun mengambil banyak gambar dan mengupload foto-foto tersebut ke laman web Weibo dan dilihat oleh banyak orang.




Banyak orang yang mengira bahawa gambar ini pasti disunting dengan Photoshop, tapi nyatanya tidak. Kucing ini memang benar-benar boleh menjaga keseimbangan sebuah benda yang diletakkan di hujung jari kakinya. Kucing putih ini juga tidak banyak bergerak, ia hanya duduk dengan malas dan membiarkan kakinya berdiri dengan benda-benda di kakinya.

Kucing memang tidak selincah dan Secerdas anjing, tapi kucing menjadi salah satu haiwan yang paling banyak dipelihara di rumah, lebih-lebih lagi jika punya bakat unik dan lucu seperti ini.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers