Sunday, 13 December 2015

Filled Under:

Video:Terganggu Bunyi Bising, Kawanan Gajah Mengamuk Pada Penunggang Motor.


Kawanan gajah di Taman Negara Khao Yai Thailand dirakam  mengamuk pada seorang penunggang motosikal yang melintas di kawasan tersebut.

Seperti yang dikutip dari Daily Mail, rakaman ini diambil daripada kamera yang dipasang di papan pemuka kereta yang  menepi saat kawanan gajah tersebut lalui.
Kawanan gajah itu kelihatan terusik dengan deru  bunyi motor yang melintas di dekat mereka.


Melihat reaksi kawanan gajah itu, lelaki yang juga penunggang motor terus melompat dari motosikalnya dan berlari ke pinggir hutan. Para gajah terdengar mengeluarkan suara terompet yang sangat kuat.


Suara terompet ini juga kemudian membuat gajah-gajah lain bertindak balas dan mengarahkan belalainya pada penunggang tersebut.
Dalam video itu kelihatan lelaki tersebut menangkupkan tangan di dada sebagai isyarat permintaan maaf pada kawanan gajah tersebut.




Penunggang Motor  harus menunggu hingga gagah pergi dan baru kemudian ia boleh meneruskan perjalanan.


Video ini dikongsi oleh Taman Negara Khao Tai di laman Facebook mereka. Dalam laman Facebook tersebut mereka menyeru pengguna motor untuk melintasi wilayah tersebut.
"Motor dilarang di Khao Yai sebelum sesuatu yang serius akan berlaku,"
Taman Negara Khao Yai adalah taman negara terbesar ketiga di Thailand dengan luas 300 km persegi. Termasuk hutan malar hijau dan padang rumput.


Taman Negara ini mempunyai 3,000 spesies tumbuhan, 320 spesies burung dan 66 jenis mamalia, termasuk gajah Asia.Jom saksikan video berikut ini;








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs