Wednesday 17 February 2016

Filled Under:

Lari Dari Rumah, Wanita China Ini Tinggal Selama 10 Tahun di Cyber Cafe.



Cyber Cafe  nampaknya masih jadi tempat pelarian yang selesa untuk mengisi masa lapang. Di sana, orang boleh mengakses pelbagai laman sosial mahupun bermain game online yang tentu saja cukup menghibur.

Namun apa jadinya jika seorang wanita bertempat tinggal di kafe siber? Bukan perkara yang aneh tetapi alasannya cukup mampu membuat kita ketawa bercampur kasian.

Seorang wanita China bernama Xiao Yun telah tinggal di kafe siber di beberapa bandar selama 10 tahun belakangan. Xiao Yun awalnya lari dari rumah selepas bertengkar dengan ibunya ketika usianya masih 14 tahun.

Kini, di usianya yang ke-24, ia justru ditangkap polis di sebuah kafe internet lantaran pemalsuan identiti yang dilakukannya selama ini. Ia pun akhirnya dipulangkan ke kepada ibubapa yang sudah kehilangan harapan untuk bertemu anak mereka.

"Saya keras kepala dan mudah marah, jadi saya memarahinya," kata Ibu Xiao Yun seperti yang dilaporkan oleh People beberapa waktu lalu. "Tapi sekarang sudah sepuluh tahun dan dia sudah dewasa. Saya tidak akan memarahinya lagi."

Sementara itu, wanita 24 tahun tersebut menghabiskan sehariannya dengan bermain game online crossfire. Sedangkan untuk keperluan makan dan lain-lain, ia hanya bergantung pada belas kasihan pengunjung dan kakitangan kerana dirinya tidak mampu mendapatkan pekerjaan.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers