Sunday, 21 February 2016

Filled Under:

Pakaian Seragam Polis Jerman Ini Sama Dengan Darth Vader 'Star Wars'.



Para polis di Jerman nampaknya punya pakaian yang berbeza dengan polis kebanyakan. Untuk urusan seragam, polis di Negeri Bavarian ini memilih mengenakan pakaian serba hitam dengan beberapa lapisan mirip kostum watak Darth Vader di filem "Star Wars".

Seragam ini kelihatan unik dengan lapisan mirip jaket tebal di bahagian atas dengan helmet menyerupai Darth Vader. Namun, niat mereka membuat seragam mirip Robocop dalam memerangi jenayah itu justru kelihatan seperti kostum watak jahat di filem fantasi tersebut.

Seragam terbaru para polis Jerman itu diumumkan secara rasmi oleh menteri dalaman, Joachim Herrman minggu ini di Munich. Meskipun mirip dengan kostum watak jahat, polis yakin perkara tersebut tidak akan mempengaruhi pada tugas seorang polis yang sebenarnya, yakni sebagai penguatkuasa undang-undang.

Sementara itu, kostum unik para polis ini juga berjaya menarik perhatian para netter di dunia maya. Banyak dari mereka yang terkejut dan tidak menyangka para polis akan mengenakan kostum seunik itu.








3 comments:

Followers

networkblogs