Sunday 31 July 2016

Filled Under:

Pahang peroleh tiga mata, Selangor tewas



SKUAD Tok Gajah akhirnya berjaya meraih tiga mata berharga selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor dalam saingan Kumpulan B sempena aksi Piala Malaysia 2016 di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.

Skuad kendalian Razip Ismail itu melakar gol pembukaan menerusi kapten pasukan Matthew Davies selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan R.Dinesh pada m-31.

Kedudukan kekal dengan Pahang mendahului lawan satu gol tanpa balas hingga tamat separuh babak pertama permainan.

Bersambung babak kedua tuan rumah memiliki banyak peluang keemasan hasil cubaan R Kogileswaran pada m-68 tetapi tepat ke dakapan ke penjaga gol lawan Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.


Empat minit kemudian rembatan pemain import tuan rumah Faysal Shayesteh berjaya ditepis Khairul Azhan dan tertampan kembali ke arah Faysal tetapi tinggi melepasi gawang.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil Mohd Zohri Tajuddin dan kemenangan pertama dalam saingan kumpulan memberikan sedikit kelegaan selepas mengalami dua kekalahan sebelum ini.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers