Thursday, 4 August 2016

Filled Under:

2 penyamun rogol mangsa selang 5 minit


KOTA BHARU – Dua remaja berusia 17 tahun mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan merogol mangsa selang lima minit setiap seorang.

Tuduhan terhadap kedua-dua pesalah juvenil yang sudah tidak bersekolah itu dibuat di hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamed.

Mereka didakwa bersama dua orang lagi yang ditangkap untuk disoal siasat serta bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang mangsa di Bachok pada jam 4 pagi, 15 Julai lalu.

Mereka dituduh mengambil sebuah komputer riba jenama Acer, dua buah telefon bimbit jenama Samsung dan Apple, seunit pemain DVD serta dua beg sandang kecil dan wang tunai yang dianggarkan RM2,000.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, masing-masing didakwa secara berasingan merogol mangsa di tempat dan tarikh yang sama, seorang pada jam 4.50 pagi dan seorang lagi didakwa melakukan rogol itu pada jam 4.55 pagi.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan@Jaohari.

Terdahulu, Mohamad Firdaous mencadangkan supaya kedua tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 untuk pertuduhan merogol dan RM6,000 bagi pertuduhan merompak.

Mohd Isa kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 seorang. Kes disebut semula pada 20 September depan di Mahkamah Majistret, Bachok.

Sehingga petang semalam, kedua-dua tertuduh yang tidak bersekolah itu gagal menjelaskan jumlah ikat jamin berkenaan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs