Thursday, 4 August 2016

Filled Under:

4 Foto Sebuah Batu Besar di Tengah Hutan Boleh Salurkan Akses Wi-Fi.


Jauh di tengah hutan Springhornhof yang berada di bandar Neuenkirchen, Jerman terdapat sebuah muzium patung luar yang cukup unik. Di sekitar muzium tersebut, ada sebuah batu besar yang dapat memancarkan isyarat Wi-Fi.

Dipetik dari Amusing Planet ,batu seberat 1.5 tan tersebut merupakan karya seni Aram Bartholl yang bernama "keepalive". Batu tersebut rupanya telah diubahsuai dengan saluran Wi-Fi (router) di dalamnya. Wi-Fi tersebut menggunakan tenaga penjana termoelektrik yang menukar panas menjadi elektrik.





Pengunjung yang datang boleh cuba menghidupkan kemudahan Wi-Fi batu ini. Pertama, pengunjung menyalakan api terlebih dulu kemudian menghidupkan butang power up yang berada di batu tersebut. 


Setelah router naik dan mula menyalurkan penghantaran, pengunjung boleh menyambungkan isyarat Wi-Fi dengan telefon bimbit mereka. Sepertinya saluran Wi-Fi biasanya, pengunjung boleh mengakses internet hingga memuat turun dokumen.



Sebelumnya, Aram pernah mencipta rancangan sama pada tahun 2010 lalu. Rancangan Aram tersebut boleh digunakan untuk berkongsi akses titik data yang disebut dead drops.


 Alat yang terdiri dari USB drive ini dipasang di dalam dinding tempat umum agar masyarakat boleh menggunakannya sesuka hati. Alat tersebut sehingga saat ini masih berada di sisi bangunan di bandar New York.



Di sisi lain, batu "keepalive" ini ternyata bermanfaat bagi penduduk di kawasan terpencil yang memerlukan akses komunikasi. Misalnya saja, jika ada pengunjung yang akan bertemu dengan pemilik tanah di hutan itu, ia dapat menggunakan kemudahan Wi-Fi tersebut sebagai sarana komunikasi.

Nama "keepalive" sendiri berasal dari istilah teknikal ilmu telekomunikasi. Istilah tersebut bermakna mesej yang dihantar antara peranti internet untuk memeriksa sambungan antara mereka.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs