Sunday, 14 August 2016

Filled Under:

Inilah Mata Kucing Paling Cantik dan Pelik di Dunia.

  
Seekor kucing jantan ganjil menjadi sensasi di internet selepas pemiliknya memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan haiwan itu memiliki satu mata berwarna biru dan satu lagi hijau.

Kucing berwarna putih yang dikenali sebagai Alos itu kini mempunyai lebih 9,500 pengikut di laman perkongsian gambar Instagram.

Pemiliknya, Burcu Kaynak yang memelihara Alos sejak kecil membuka akaun Instagram haiwan peliharaannya pada tahun lalu.

Rata-rata pengguna laman sosial tersebut menyifatkan haiwan itu seperti seekor ular bermata hijau dan biru yang memegang watak sebagai Kaa dalam buku berjudul Jungle Book.

“Kucing ini sangat comel walaupun memiliki warna mata yang berbeza. Ia merupakan seekor kucing yang paling comel pernah saya lihat,” kata seorang pengguna laman sosial, Nicole Jade.

Alos merupakan kucing baka yang dikenali sebagai Van Cat menyebabkan haiwan itu memiliki mata berwarna biru dan hijau.

Lazimnya, baka kuncing berkenaan boleh ditemui di Tasik Van yang terletak di timur Turki. – AGENSI











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs