Friday 5 August 2016

Filled Under:

Khairy bentang ‘Formula KJ’ kepada FAM.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui boleh menarik nafas lega selepas membentangkan usul ‘formula baharu’ bagi memulih­kan maruah bola sepak negara kepada Ahli Majlis Jawatankuasa (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Putrajaya semalam.

Menurut Khairy, beliau gembira apabila melihat reaksi barisan Exco FAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad selepas mendengar huraian mengenai ‘formula’ yang dibincangkan demi menaikkan kembali martabat bola sepak negara.

“Barisan Exco FAM memberi sambutan positif mengenai formula yang saya cadangkan. Kini, keputusan di tangan mereka tetapi saya berharap mereka akan kemukakan formula saya secara rasmi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) FAM yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos ini.

“Saya mahu segala kesulitan dapat diselesaikan dengan cara baik kerana ketika ini ada ketidaktentuan mengenai kepimpinan FAM ekoran hasrat Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden persatuan tersebut,” kata Khairy ketika ditemui di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa Khairy mempunyai satu ‘formula’ dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang melanda FAM ketika ini dan telah mengarahkan bendaharinya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk membentangkan laporan kewangan badan induk bola sepak negara itu kepada pemilik Johor Darul Takzim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menyelesaikan segala kekeliruan baginda yang sebelum ini dikemukakan presiden dan barisan Exco.

Mengulas lanjut, Khairy me­ngakui antara isi kandungan dalam mesyua­rat tidak rasmi bersama barisan Exco FAM itu adalah melibatkan kepimpinan, hala tuju dan pengli­batan semua pihak dalam misi mengharumkan kembali nama skuad Harimau Malaysia dalam peta bola sepak antarabangsa.

“Saya juga mencadangkan kepada mereka mengenai garis masa (timeline). Butiran mengenai formula tersebut bakal dibincangkan secara rasmi oleh mereka pada EGM sebelum didedahkan secara spesifik kepada umum menerusi sidang akhbar yang bakal dilakukan oleh pihak FAM nanti,” jelas Khairy lagi.

Sementara itu, Afandi menjelaskan, pertukaran pendapat bersama Khairy semalam merupakan satu langkah permulaan tetapi enggan mengulas lanjut kerana mahu pihak persatuan memberi tumpuan kepada masa depan bola sepak negara.

“Kami berterima kasih atas jemputan Khairy untuk mengadakan mesyuarat ini. ‘Formula’ yang dibincangkan adalah demi kebaikan bersama, namun begitu, tiada sebarang keputusan rasmi yang dapat dibuat. Saya harap pihak media bersabar dan tunggu sehingga 15 Ogos nanti,” katanya.

Sebagai rekod, Khairy turut me­ngadakan perbincangan dengan Tunku Abdullah pada minggu lalu menjurus kepada perbincangan mengenai persaraan empat pemain Johor DT iaitu Safiq Rahim, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal serta dakwaan Tunku Ismail yang kononnya mempunyai bukti salah laku di dalam FAM sejak 30 tahun lalu.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers