Thursday, 18 August 2016

Filled Under:

Lelaki di Ukraine Akui Temui Haiwan Penghisap Darah Yang Menakutkan.



Haiwan legenda yang hanya makan dengan menghisap darah binatang sepertinya tidak hanya menjadi mitos. Sebabnya, seorang lelaki di Ukraine sebelum  ini mengaku mencari haiwan legenda yang digelar chupacabra itu.


Lelaki bernama Ivan itu menyebut haiwan tersebut kerap meresahkan pendudk di desa Rukhsin, barat Chernivtsi, Ukraine. Haiwan legenda itu sering datangi haiwan perternakan pendudk lalu menghisap darah ternakan sampai habis.


Pada masa itu, Ivan mencari haiwan legenda tersebut tengah mengendap di ladang ternaknya untuk mencari mangsa. Ia lalu membunuh haiwan itu dengan pisau  miliknya.


"Haiwan itu sedang memburu dan aku membunuhnya," kata Ivan dilansir Dailymail . "Dia sudah menakutkan masyarakat sekitar cukup lama. Dia memakan ayam dan arnab kami."


Bangkai haiwan itu kemudian diserahkan kepada doktor haiwan untuk diteliti lebih lanjut. Malangnya, mereka menjelaskan belum dapat mengenal pasti jenis haiwan tersebut.


"Haiwan ini mirip dengan serigala Afrika, tapi gigi, leher, telinga dan cakarnya terlalu panjang,"  kata pegawai makmal tempatan, Valeriy Dopiryak. "Kami belum boleh menyatakan haiwan apa ini."




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs