Tuesday 2 August 2016

Filled Under:

PKNS mahu pamer watak sebenar.


PENGENDALI PKNS FC, E. Elavarasan optimis anak-anak buahnya akan kembali mempamerkan watak sebenar apabila turun membuat perhitungan menentang Kuantan FA pada saingan Liga Premier di Stadium Darul Aman, Kuantan malam ini.

Jurulatih berusia 51 tahun itu yakin keputusan mengecewakan dalam dua saingan terakhir iaitu ketika terikat tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan untuk saingan liga, sebelum tewas tipis di tangan PDRM pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia pada minggu lalu mampu diubah barisan pemain skuad The Red Ants.

“Saya lihat kami beraksi agak baik dalam dua perlawanan tersebut kerana para pemain mampu menampilkan aksi yang konsisten selain saingan kedua-dua pasukan agak seimbang. Cuma kami tidak bernasib baik dengan keputusan yang dicatat selepas wisel penamat ditiupkan.

“Justeru, saya mahu mereka berusaha keras menentang Kuantan esok (malam ini) kerana kami hanya mempunyai satu misi, iaitu mengutip tiga mata penuh untuk terus menekan dua pasukan teratas liga, Melaka (United) dan Johor Darul Takzim II (Johor DT II).

“Slot kelayakan automatik ke saingan Liga Super pada tahun depan masih menjadi keutamaan pasukan. Kami tidak boleh mengambil risiko kehilangan mata meskipun saya akui pemain agak kepenatan kerana mengharungi jadual padat,” kata Elavarasan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, finalis Superbest Power Piala FA 2016 itu kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengutip 30 mata selepas mengharungi 15 perlawanan, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Melaka United yang selesa mengutip 36 mata.

Mengulas lanjut, Elavarasan berharap ayam tambatannya, Gabriel Guerra dapat kembali menemui sentuhannya selain memainkan peranan penting bagi membantu pasukan PKNS mencetak kemenangan setelah beraksi agak hambar ketika tewas kepada PDRM, Sabtu lepas.

“Benar, saya akui dia masih belum cergas dan tidak begitu sempurna seperti aksi yang dipamerkan awal musim ini. Namun, dia tetap watak penting dalam pasukan dan saya optimis barisan pemain PKNS akan membantu Gabriel (Guerra) untuk kembali menemui penyudahnya,” kata bekas pengendali Terengganu itu lagi.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers