Friday 26 August 2016

Filled Under:

Reka Bentuk Seperti Mata Gerudi Gergasi.



Terletak di Bahrain, bangunan ini menempatkan sebuah hotel bertaraf lima bintang iaitu Wyndham Hotel Group dijangkakan dibuka di penghujung 2015.

Dibangunkan oleh Kerjasama Pelaburan Rumah Bahrain dan dibina oleh Syarikat Pembinaan Ahmed Al Qaed ,ianya terletak di Bahrain Bay, sebuah daerah pantai bernilai USD2.5 bilion diatas sebuah pulau buatan manusia .

Apabila selesai, pembangunan disitu merangkumi perniagaan dan kawasan perumahan. Selain daripada Wyndham Hotel Group, pengusaha hotel mewah lain seperti Four Seasons Hotels and Resorts, JW Marriott Hotel, serta pelbagai syarikat-syarikat dan bank-bank telah memperolehi ruang di Bahrain Bay.





Direka dengan unik iaitu struktur berpusing setinggi 50 tingkat ini diberi nama United Tower. Perkembangan ini telah pun mewujudkan fenomena di Bahrain Bay yang terkenal dengan banyak struktur yang ikonik, reka bentuk canggih dan landskap yang menarik. 

Menara ini di dasari dengan plat lantai berbentuk oktagon, berpusing mengikut arah lawan jam, dan tanpa mengganggu pemandangan 360 darjah di teluk dan Corniche.


Wyndham Grand Collection Manama lima bintang akan mencapai 14 tingkat dan akan mempunyai lebih daripada 260 bilik tetamu yang luas antara 46-120 meter persegi, 500 meter persegi ruang mesyuarat dan bilik tarian 900 meter persegi di tingkat atas bangunan dengan pemandangan laut yang menggujakan.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers