Monday, 8 August 2016

Filled Under:

Sayap Ditarik-Tarik, Angsa Ini Mati Gara-Gara Diajak Selfie .


 Selfie memang sedang menjadi suatu perkara yang penting bagi masyarakat di zaman sekarang. Lagi-lagi sebuah insiden menyedihkan berlaku di Macedonia hanya kerana keinginan seseorang untuk selfie.

Seperti dikutip dari Daily Mail, seorang pelancong di Macedonia menarik-narik seekor angsa hingga mati hanya demi mendapatkan foto bersama. Insiden tersebut berlaku di sebuah tasik yang bernama Ohrid di Macedonia, Eropah.





Dalam gambar tersebut kelihatan seorang pelancong wanita yang menarik-narik sayap seekor angsa dan mengheretnya ke tepi tasik. Pelancong yang memakai jaket berwarna hitam itu  tersenyum kepada kamera sambil menarik kepak angsa yang dilihat cuba untuk melepaskan diri.




Seorang saksi menyampaikan kalau angsa tersebut kemudian tidak bergerak setelah lepas dari genggaman tangan si pelancong. Beberapa saat kemudian angsa itu ditemui mati di pinggir tasik.

Di sisi lain, ini bukan pertama kalinya terjadi insiden seperti itu. Selfie ternyata juga boleh menyebabkan kerugian bagi makhluk hidup lain seperti insiden yang berlaku di Argentina ini.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs