Thursday, 25 August 2016

Filled Under:

Taman di Australia Diselimuti Sarang Labah-labah.



Seorang wanita di sini merakamkan beberapa gambar sebuah taman yang dipenuhi dengan sarang labah-labah sekali gus menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan.

Leslie Schmidt berkata, dia dan rakannya, Bryce sebelum itu bermain permainan telefon pintar, Pokemon Go di sebuah taman yang terletak di Yinnar, tengah Victoria.



“Ketika kami sibuk ‘menangkap’ salah seekor makhluk di dalam permainan itu kami terkejut besar apabila menyedari sekeliling kami dipenuhi sarang labah-labah.


“Suasana yang menyeramkan di taman itu menyebabkan kami berdua terkedu seketika. Ia kelihatan seperti sambutan Hari Halloween (pesta hantu),” katanya.



Fenomena dikenali sebagai ‘ballooning’ atau hujan labah-labah itu dikatakan berlaku apabila serangga tersebut terpaksa berhijrah dari kawasan banjir dan menjadikan taman itu sebagai tempat tinggal.





Malah, hujan lebat yang melanda di beberapa daerah di negara berkenaan turut menyebabkan labah-labah tersebut melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi. – Agensi




1 comments:

  1. Still not playing Pokemon Go? Download The Latest Version (Works on Android and iOS)

    ReplyDelete

Followers

networkblogs