Wednesday, 24 August 2016

Filled Under:

Tasik Paling Besar dan Merbahaya Punyai Air Panas.


Frying Pan Lake adalah tasik air panas terbesar di dunia yang terletak di New Zealand. Seperti namanya, air di tasik ini mempunyai suhu yang tinggi sehingga menyerupai kuali.

Tasik ini mempunyai kedalaman kira-kira enam meter dengan luas sekitar 38.000 meter persegi. Di dalamnya terdapat gunung magma yang cukup hampir sehingga menyebabkan air tasik mendidih. Meskipun di sekitar tasik tersebut suhu hanya mencapai 50 darjah Celsius, tetapi air dalam tasik boleh mendidih sehingga menggelegak. Tidak hanya panas, pelbagai gas beracun juga terus dilepaskan di permukaan tasik Frying Pan.


 Rasa air dalam tasik cukup masam dengan rata-rata PH 3.5 yang bererti air tersebut tidak boleh diminum. Tasik ini selalu dikelilingi oleh wap, namun bukan bermakna tasik ini terus mendidih. Gas yang muncul adalah karbon dioksida dan hidrogen sulfida yang terus dihasilkan oleh tasik tersebut.


Meskipun begitu jangan cuba-cuba berenang di dalamnya. Selain berkemungkinan menghirup asap beracun, anda juga boleh direbus hidup-hidup ketika mencapai bahagian tasik yang benar-benar mendidih.


Landskap di sekitar tasik berbentuk seperti cerobong yang ditumbuhi oleh hutan dan tanaman alga berwarna biru atau hijau. Beberapa tanaman menghasilkan warna oren dan kuning untuk melindungi diri dari sinar UV matahari.

Meskipun tidak dibenarkan terlalu dekat apalagi berenang di tasik ini, namun pemandangan tasik Frying Pan cukup mempesonakan.
 




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs