Tuesday, 9 August 2016

Filled Under:

Video . Ikan Ini Mampu Hidup Walaupun Tubuhnya Hilang Separuh.



Mungkin anda pernah mendengar beberapa waktu lalu, di mana seekor ayam yang kepalanya hampir terputus masih mampu berjalan, makan, dan melakukan kebiasaannya sehari-hari. Tentunya kejadian ini sangat aneh bukan.

Tetapi siapa sangka, teryata kejadian sama berlaku bukan hanya di daratan saja. Di laut pun ternyata ada kejadian yang cukup sama dan serupa, tetapi haiwannya berupa ikan laut, yang masih mampu hidup walaupun sebahagian tubuhnya telah hilang.

Ikan yang ada di laut ini ternyata masih mampu berenang, bahkan ia tidak mengalami kekangan keseimbangan ketika melakukannya.

Haiwan yang terus berenang di air ini, hanya mempunyai kepala dan sirip. Ikan ini berjaya dirakam, dalam sebuah video berdurasi 33 saat. Dalam huraian yang terdapat bersama klip, menjelaskan bahawa ikan ini ditangkap di Maldives.

Keterangan, awalnya ditulis dalam bahasa Jerman, berbunyi: "Seorang nelayan di Maldives menangkap ikan. Ia memusnahkan ikan. Namun ikan mampu berenang jauh tanpa tubuh."

Lebih dari 964.000 orang telah melihat rakaman ini. Tetapi beberapa pengguna YouTube tidak terkesan dengan video ini, yang menganggap itu kes kekejaman terhadap haiwan.

Salah satu menulis dalam komen: "Yang begitu kejam," sementara yang lain menambahkan: "Bagaimana anda boleh menyiksa ikan ini tanpa ragu-ragu."
Jom saksikan video berikut ini;





3 comments:

Followers

networkblogs