Thursday 11 August 2016

Filled Under:

Video.Anak Kambing Berkepala Dua di China Yang Menjadi Viral di Media Sosial.


 Satu rakaman video menunjukkan seekor anak kambing yang dilahirkan dengan dua kepala di wilayah Sichuan, China telah menjadi tumpuan media sosial minggu lalu.

Video yang dirakam di bandar Leshan itu menunjukkan anak kambing berwarna hitam tersebut dilahirkan dengan dua hidung, dua mulut dan dua pasang mata tetapi hanya mempunyai empat kaki.

Keadaan itu dikenali sebagai polisefali dan bukan kali pertama dikesan di rantau ini dengan seekor anak kambing biri-biri dilahirkan dengan dua otak di bandar Hohhot, Mongolia pada Oktober 2014.

Walaupun anak kambing baharu itu kelihatan berbeza daripada anak kambing lain, haiwan tersebut tetap sihat dan mampu berjalan sendiri.

Haiwan polisefali terbentuk daripada keadaan serupa dengan janin kembar siam yang membahagi daripada satu telur selepas disenyawakan.

Bagi kebanyakan haiwan berkepala dua, otak salah satu daripada kepala tersebut kebiasaannya tidak terbentuk dengan sempurna dan kurang ‘berfungsi’ dalam kehidupan harian. – Agensi







Berikut ini videonya:





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers