Wednesday 21 September 2016

Filled Under:

Andik tahu taktikal Rahmad



BINTANG import Sela­ngor, Andik Vermansyah mendedahkan, dia tidak keberatan untuk berkongsi rahsia ‘taktikal’ pengendali T-Team yang juga rakan senegaranya, Rahmad Darmawan dalam misi memastikan Selangor dapat melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat tahun ke­dua berturut-turut musim ini.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah tersebut bakal membuat perhitungan dengan wakil pasukan berstatus kelab dari Pantai Timur itu setelah berjaya menyingkirkan PKNS FC dengan agregat 5-3 pada peringkat suku akhir, Sabtu lepas.

Sementara itu, T-Team pula mencipta kejutan tersendiri dengan menafikan cabaran pasukan pilihan yang dibim­bing oleh pengendali berpe­ngalaman, Irfan Bakti Abu Salim iaitu Felda United dengan kemenangan agregat 2-1.

Sebelum ini, Andik pernah bermain di bawah kendalian Rahmad pada tahun 2011 ketika jurulatih berusia 50 tahun itu membim­bing skuad Bawah 23 tahun (B-23) dan tahun 2013 sewaktu menjadi pemangku jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.

“Saya sudah lama tidak bertemu jurulatih Rahmad (Darmawan) tetapi mungkin saya boleh berkongsi sedikit tip de­ngan jurulatih dan rakan-rakan sepasukan berdasarkan pe­nga­laman saya ketika dibimbing olehnya sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya percaya aksi menentang T-Team bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka merupakan pasukan yang sukar dijangka. Namun, kami akan menumpukan satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Apa yang pasti, perlawanan separuh akhir pertama di Shah Alam nanti adalah aksi wajib menang,” kata Andik ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, pemain berusia 25 tahun itu mengakui ‘lilitan kapten’ yang dianugerahkan oleh K. Gunalan sejak menjadi pemangku jurulatih pada bulan lepas merupakan tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul.

“Saya akui bangga menjadi ketua pasukan Selangor tetapi saya akan lebih bangga sekiranya dapat membawa pasukan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekali lagi pada musim ini.

“Selain itu, saya juga mendapat sokongan dan kepercayaan penuh daripada rakan-rakan sepasukan khususnya Bunya­min (Omar), Shahrom (Kalam) dan Razman (Roslan) untuk terus menggalas tugas ini,” jelas bekas pemain Persebaya Surabaya itu lagi.

Skuad Selangor bakal membuat perhitungan dengan T-Team dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 1 Oktober depan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers