Friday, 30 September 2016

Filled Under:

Apasal Gunung Ini Bentuk Macam Kanopi Orang Kahwin Jer.

 Kasha-Katuwe Tent Rocks adalah pembentukan batu unik yang terletak di kaki bukit pergunungan Jemez, di New Mexico, Amerika Syarikat, antara Albuquerque dan Santa Fe, kira-kira 40 kilometer sebelah barat daya.

Daerah ini cukup luas, di mana batu berbentuk khemah seolah-olah memeluk tebing curam Peralta Canyon. Batuan ini terbentuk akibat aktiviti gunung berapi di gunung tersebut, yang berlaku kira-kira 6-7 juta tahun yang lalu.

Batuan tersebut kebanyakan berupa batu apung, dan banyak lubang yang kelihatan di formasi batuan tersebut. Dan untuk ketinggiannya sangat berbeza, dari yang beberapa meter saja hingga yang mencapai tinggi 90 meter.


 Daerah Kasha-Katuwe sendiri telah dihuni oleh manusia selama lebih dari 7,000 tahun. Selama abad ke-15, nenek moyang masa kini, meninggalkan banyak petroglyphs dan runtuhan untuk memberikan bukti bahawa mereka pernah diami di sini.

Kawasan itu sendiri ditetapkan sebagai Tugu Negara pada tahun 2001. Dan kini banyak dikunjungi pelancong, yang ingin melihat keunikan dari formasi batu-batu yang ada.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs