Tuesday 20 September 2016

Filled Under:

Duit Syiling Antik Terbesar di Dunia di Temui.


Masih terdapat keunikan  di Negara Mikronesia. Negara yang berada di kepulauan Lautan Pasifik ini, merupakan negara yang mempunyai keunikan yang tidak ada di negara lain di dunia.

Salah satu keunikan  yang ada di negara ini ialah, penggunaan mata wang batu untuk transaksi. Yap adalah salah satu pulau yang terkenal di Micronesia. Di pulau ini, penduduknya masih memegang sistem adat istiadat kerajaan. Salah satu tradisi yang masih dijaga adalah penggunaan wang batu.

Penduduk di sana biasa menyebut wang batu tersebut dengan nama Rai, yang mempunyai bentuk bulatan dengan lubang pada bahagian tengahnya. Umumnya Rai terbuat dari batu kalsit. Ada lima jenis wang batu yaitu Mmbul, Gaw, Fe 'atau Raid an Reng.

Wang batu ini mempunyai keunikan terutama pada saiz yang berbeza-beza, dari mulai yang paling kecil yakni berukuran 3.5 sentimeter, hingga yang terbesar dengan saiz 4 meter. Dengan saiz tersebut, Rai dinobatkan sebagai wang dengan saiz terbesar yang masih digunakan di dunia.

Adapun rupa bentuk mata wang ini tidak ditentukan hanya dari ukurannya saja, tetapi juga dari siapa yang memegangnya. Perkara tersebut mengingat di daerah ini sistem kasta masih berlaku, jadi Duit syiling batu yang dimiliki oleh raja akan selalu lebih berharga daripada wang batu yang dimiliki rakyatnya.

Besarnya nilai mata wang batu inipun ditentukan dari tahun pembuatannya. Wang batu yang dibuat dari masa ketika belum ada kapal-kapal besar, dinilai lebih berharga kerana bahannya lebih sukar didapatkan.

Uniknya lagi, sebahagian besar wang batu ini terutama yang bersaiz besar, dibiarkan saja terletak di luar rumah. Penduduk di sini pun tidak takut wangnya dicuri, kerana sudah belasan hingga puluhan orang untuk memindahkan wang seberat ratusan kilo hingga puluhan tan ini.









2 comments:

Nuffnang Ads

Followers