Thursday, 29 September 2016

Filled Under:

Misteri Dua Biji Mata Kanak-kanak Ini Menonjol Keluar dan Berdarah.VIDEO



Sagar Dorji, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun berasal dari India mengalami keadaan misteri pada matanya.
Kedua-dua bola matanya bengkak sehingga terlihat menonjol keluar dan berdarah.

Darah pun membeku dan mengering di bola matanya sehingga membuat Sagar kini tidak dapat melihat.
Ibu Sagar, kusum berkata, keanehan pada mata anak lelakinya itu berlaku kira-kira 3 bulan lalu.

"Pada mulanya, mata Sagar bengkak dan kelihatan merah. Tapi kemudian, matanya mula keluar  dan berdarah," kata kusum.





Para doktor pun bingung dengan apa yang berlaku pada kanak-kanak malang ini.

Doktor akan melakukan pemeriksaan makmal untuk melihat apa ada yang salah pada matanya.
Namun, ibu bapa Sagar tidak mampu membayar yuran tersebut sejumlah 156 dollar AS .

Ayahnya, Pratim Dorji (35) bekerja sebagai petani.
Kedua-dua ibu bapa Sagar pun hampir putus asa.
Mereka tidak mampu membawa Sagar ke hospital di kota besar, seperti Mumbai dan Delhi.



Keadaan Sagar juga tidak kunjung membaik setelah dibawa ke hospital.
Kusum berharap ada orang-orang yang berbaik hati untuk menyelamatkan nyawa anaknya.

"Tolong saya menyelamatkan anak saya dengan memberikan sumbangan apa pun yang anda boleh. Bagi anda yang tidak boleh, sekurang-kurangnya tolong berdoa untuknya," kata kusum.
Salah satu aktivis sosial Biwasjit Barman turut membantu mengumpul dana.Jom saksikan video berikut ini;






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs