Friday, 30 September 2016

Filled Under:

Misteri Tiga Matahari Muncul Terungkap.

 Fenomena pelik baru saja muncul di atas langit bandar Chelyabinsk, Rusia.Penduduk di bandar tersebut seolah-olah benar-benar bertuah boleh menyaksikan kemunculan "3 Matahari" di atas kaki langit.

Menurut kaji cuaca tempatan, pemerhatian ini kerap kali dikenal dengan sebutan "Halo". Fenomena tersebut merupakan ilusi optik yang disebabkan daripada kristal ais di udara yang akhirnya membiaskan ke cahaya matahari.


"Kristal ais yang tidak boleh dipandang dengan mata kasar itu adalah produk dari suatu pagi yang sangat sejuk dengan suhu sekitar 25 darjah," kata Ketua Badan Ramalan Cuaca, Galina Sheporenko. Bahkan beberapa hari sebelum ini, penduduk setempat juga dikejutkan dengan pemandangan tidak terduga lainnya.


Salji berwarna biru muncul dan menutup jalan-jalan di bandar tersebut. Setelah diselidiki, ternyata salji berwarna biru ini berasal dari tumpahan cecair kimia yang berasal dari sebuah kilang pewarna telur  yang menguap dan bercampur dengan salji.









1 comments:

Followers

networkblogs