Sunday, 25 September 2016
Filled Under:
sukan
Penyu hampiri penyingkiran
Posted By:
zamri spoon
on 07:06
Kuala Terengganu: Lambaian Liga Perdana musim depan semakin jelas kelihatan buat Terengganu apabila tewas 0-3 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, malam tadi.
Aksi serba tidak menjadi tuan rumah mengakibatkan mereka mudah dihukum pelawat yang bijak menggunakan peluang walaupun beraksi di laman lawan.
Pemain kelahiran Brazil Thiago Augusto Fernandes muncul wira Kedah apabila meledak dua jaringan, manakala satu lagi disumbangkan Smetls Shane Edward.
Dengan sokongan kira-kira 700 penyokong setia, Terengganu yang turun dengan misi wajib menang untuk mengelak terjerumus ke Liga Perdana musim depan, bermula hambar dan langsung tidak ada percubaan menarik dilakukan sebaliknya lawan yang lebih banyak menguasai babak awal permainan.
Pada minit keenam, skuad Helang Merah mencemaskan pintu gol tuan rumah melalui penyerang importnya Augusto, namun tendangannya terkena pemain pertahanan Vincent Bikana sebelum bola melantun ke palang.
Pemain pertahanan skuad Peteh Terengganu Peteh Yong Kuong Yong memperoleh peluang untuk meletakkan pasukannya di depan pada minit kesembilan, namun rembatannya dalam kotak penalti dihalang pertahanan pelawat yang diketuai kapten Khairul Helmi Johari.
Jaringan yang diimpikan Kedah akhirnya menjelma apabila Augusto yang tidak dikawal mudah menanduk masuk gol pendahuluan pada minit ke-13 hasil hantaran silang Mohd Syazwan Zainon.
Terengganu yang di ambang penyingkiran, memperoleh peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-20, tetapi bekas penyerang kebangsaan itu sedikit lambat biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol Abd Hadi Abd Hamid.
Bersambung babak kedua, tuan rumah menukar rentak permainan dengan memperkemaskan corak permainan untuk mencari gol penyamaan, namun benteng pelawat kemas bertahan biarpun diasak rangkaian penyerang Terengganu.
Dalam keghairahan Terengganu memburu jaringan penyamaan, serangan balas lawan menghasilkan gol kedua menerusi penyerang import kelahiran New Zealand Shane Edward pada minit ke-62.
Augusto yang bergandingan baik dengan Edward, menambah derita tuan rumah apabila meledak jaringan ketiga pasukannya hasil larian solo pada minit ke-80 untuk menjadikan kedudukan 3-0.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment